Pages: (31) [1] 2 3 ... Last » ( Go to first unread post )

 siti@sitizone.com, Siti Nurhaliza Official Website
reen80
Posted: Mar 10 2004, 01:28 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...

Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung di sini.


Alhamdulillah, dua cita-cita dan impian bercantum menjadi satu.Cita-cita dan impian Siti, begitu juga anda telah direalisasikan dengan terhasilnya laman web rasmi ini. Besar harapan Siti agar laman web ini akan menjadi ruang, tempat atau zon untuk kita terus saling hormat menghormati, faham memahami, harga menghargai dan tidak hanya itu, kita panjangkan silaturrahim, nasihat, dorongan dan di sini adalah `rumah' untuk `keluarga kita'.

Tidak kira siapa pun anda, di mana anda berada, bagaimana pun cara anda ke laman ini, Siti dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan selamat datang dan berterima kasih kerana sudi singgah di sini.

Semoga laman ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua demi kebaikan bersama. InsyaAllah Siti akan terus memperbaiki laman ini dari semasa ke semasa dan untuk permulaan ini terimalah SitiZone.Com.

Selamat Datang Ke SitiZone.Com.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.


user posted image

Siti Nurhaliza
24hb Disember 2003
Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 01:32 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung di laman ini. Pertama sekali Siti ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telahpun menjengah SitiZone.Com. Terima kasih di atas respons dan juga kata-kata semangat yang ditulis, Siti amat menghargainya.

Siti juga berharap agar laman ini menjadi medium secara langsung antara Siti dan para peminat. Walaupun setiap daripada kita ada tugasan dan hal masing-masing tetapi kita masih mempunyai ruang untuk `bersemuka' di alam siber.

Tinggal sehari sahaja lagi Anugerah Juara Lagu akan berlangsung. Anda berdebar? Mungkin debaran anda sama dengan debaran semua penyanyi yang terlibat dalam AJL tahun ini.

Siti akan beraksi malam esok. Semangat anda Siti bawa bersama. Kata-kata anda Siti sematkan di dada. Sokongan anda sentiasa di minda.Semua ini Siti satukan untuk mengiringi persembahan Siti nanti. Doakan agar Siti dapat mempersembahkan lagu Ku Milikmu dengan baik. Siti mahu anda terhibur dan berpuas hati. Jangan meletakkan apa-apa harapan kerana bimbang jika harapan tersebut tidak tercapai, kita akan kecewa.

Siti hanya mahu tumpukan perhatian, jalankan tanggungjawab yang diberikan serta mahu menampilkan persembahan yang menghiburkan. Mungkin ada di antara cadangan-cadangan anda yang Siti terapkan dalam persembahan malam esok, jangan lupa menonton dan menyaksikan. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi idea bersama Siti sebelum ini dalam catatan-catatan anda dan semoga malam esok Siti diberikan kekuatan daripada setiap doa yang anda iringkan.

Salam mesra daripada Siti. Bertemu lagi.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.


user posted image


Siti Nurhaliza

27hb Disember 2003
Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 01:36 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung di SitiZone.com.

Sebelum berangkat ke Pulau Pangkor, Siti mengambil kesempatan yang berharga ini untuk mengucapkan terima kasih di atas ucapan-ucapan tahniah yang telah anda berikan.

Siti juga berterima kasih di atas usaha dan sokongan anda sehingga melayakkan Siti memenangi anugerah Persembahan Terbaik di AJL 18.

Kenangan paling manis sebelum meninggalkan arena tersebut dan Siti amat menghargai setiap usaha anda.

Salam mesra daripada Siti.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.



Nota WM: Sila klik gambar kecil untuk melihat gambar besar. Nantikan gambar-gambar eksklusif Siti di Juara Lagu ke 18 yang dipetik menggunakan kamera kesayangannya, Minolta Dimage XT.

user posted image
Siti Nurhaliza
29hb Disember 2003
Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 01:43 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung dan peminat laman ini. Selamat tahun baru 2004 Siti ucapkan kepada anda semua. Doa Siti agar kita semua akan diberikan kebahagiaan, kesejahteraan, kejayaan dan keamanan negara juga terus terpelihara.

Setiap tahun azam baru akan tersemat di hati kita dan Siti harap keazaman ini akan memberikan kita kekuatan untuk mencapainya. InsyaAllah, dengan berkat usaha dan doa, kita akan memperolehi apa yang kita inginkan.

Perjalanan hari 2004 baru sahaja bermula hari ini. Masih panjang detik waktu yang harus kita lalui. Semoga hari pertama pada tahun baru ini kita diberikan sinar untuk menjadi orang yang lebih baik dari hari-hari sebelum ini dan menjadi lebih berjaya dari apa yang telah kita perolehi sebelum ini.

Salam tahun baru buat semua. Semoga impian Siti, impian anda dan impian kita semua akan membuahkan hasil. Percaya pada diri, InsyaAllah semuanya akan menjadi!

Salam mesra selalu di tahun baru.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.


Nota WM: Sila ke ruang GALERI untuk melihat gambar-gambar eksklusif semasa Siti di Juara Lagu ke 18, Jepun dan Pulau Pangkor.


user posted image
Siti Nurhaliza
1hb Januari 2004
Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 01:49 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ UJI MINDA 24 JAM

Satu peraduan kejutan yang mudah untuk peminat Siti. Sempena hari lahirnya ini, Siti ada hadiah 'SUPRISE' untuk peminatnya. Perduan ini hanya akan berlangsung selama 24 jam. Jadi jangan lambat!
Jawapan diterima dari 7mlm (08 Jan) hingga 7mlm (09 Jan) sahaja.

Cara-caranya:

Sila jawab 5 soalan yang diberikan dibawah ini. Emel jawapan-jawapan anda ke peraduan@sitizone.com. Setiap emel berjawapan yang penuh dan betul akan diterima, namun hanya 15 orang sahaja akan dipilih. Pemenang akan dihubungi oleh Siti Nurhaliza Productions (SNP).

PENTING:
Dalam emel anda jangan lupa menyertakan, NAMA PENUH, NO. KAD PENGENALAN, ALAMAT EMEL dan NO. TELEFON.



+ SOALAN-SOALANNYA
1) Lagu pertama dirakamkan dalam album ?
2) Lagu berentak ghazal nyanyian Siti dalam album Seri Balas ?
3) Pada tahun berapa dan dimana Siti memenangi pertandingan Voice Of Asia ?
4) Pada pukul berapa Siti dilahirkan? (Jawapan paling hampir akan diambilkira)
5) Apakah motto/prinsip hidup yang Siti selalu diberitahu?

SELAMAT MENCUBA!

Copyright 2004 © Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 01:53 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...

Alhamdulillah, pagi yang begitu bermakna ini (11 Jan 2004), Siti telah melangkah ke usia 25 tahun. Siti amat bersyukur kerana masih diberikan kesempatan bernafas di muka bumi ini.

Siti juga amat berterima kepada para peminat yang telah membuat ucapan hari lahir, mengirim kad dan hadiah serta pemberian-pemberian hadiah yang begitu membuatkan Siti berasa amat terharu.

Pada usia 25 tahun ini, Siti pasti mahu menjadi insan yang lebih berjaya, lebih tabah, lebih tenang dan mampu memberi kebahagiaan buat orang di sekeliling Siti.

Siti berterima kasih kepada ibu Siti, Siti Salmah dan bapa Siti, Tarudin Ismail kerana telah melahirkan dan membesarkan Siti. Jasa kedua ibu bapa Siti begitu besar dan tidak mampu Siti balas walaupun hingga ke akhir hayat Siti.

Buat anda semua, berdirilah di belakang Siti, sokonglah Siti bila hati Siti mulai gusar dan resah, sedialah pada bila-bila masa untuk menjadi penghibur Siti, hanya bila anda sentiasa memahami Siti, anda sentiasa tahu siapa Siti dan mengenali Siti.

Terima kasih sekali lagi. Semoga usia 25 tahun ini memberikan kebahagiaan buat Siti selalu.

Salam mesra buat anda.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.


Nota WM:
Sabar menantikan gambar-gambar semasa majlis 'SUPRISE' hari lahir Siti pada 11hb Januari 2004 lalu.



user posted image
Siti Nurhaliza
11hb Januari 2004
Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 01:56 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Awal tahun yang sibuk namun memberikan Siti lebih semangat untuk bekerja kuat.

Bulan pertama ini Siti dipenuhi dengan jadual persembahan, rakaman dan juga penggambaran untuk kerja-kerja penerbitan. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, semuanya akan dan terus berjalan dengan baik dan lancar.

Sambutan hari jadi juga begitu bermakna walaupun diadakan tanpa pengetahuan Siti. Hari yang membahagiakan dan membuatkan Siti terharu. Kehadiran 15 pemenang dari laman ini juga menggembirakan Siti walaupun Siti sendiri tidak sedar, bilakah peraduan tersebut diadakan. Tahniah kepada 15 pemenang tersebut. Mungkin ada juga yang tidak berjaya kerana Siti diberitahu, penyertaan juga memberangsangkan walaupun hanya berlangsung 24 jam. Maaf jika ianya dibuat secara tergesa-gesa dan mengambil masa yang singkat kerana pihak pengurusan Siti juga merancang untuk mengadakan sambutan hari lahir itu dalam waktu yang singkat.

Alhamdulillah, walaupun semuanya berlaku dan berlangsung dalam waktu yang singkat terutama dari segi perancangan tetapi majlis tersebut telah berjalan dengan lancar.

InsyaAllah pada 17 dan 18 Januari (hari ini dan lusa), Siti akan berada di Singapura untuk majlis bertemu dengan pemenang Tiru Gaya Siti dan juga menghadiri majlis hi-tea anjuran penganjur di sana. Inilah peluang Siti bertemu dengan peminat2 di Singapura setelah agak lama tidak ke republik itu.

Bulan ini juga Siti sibuk dengan rakaman album baru. Siti berharap agar album tersebut akan dapat menemui anda secepat mungkin. Sekarang ini masih ada beberapa lagu lagi yang belum dirakamkan. Secara keseluruhannya, Siti agak berpuas hati dengan pemilihan lagu dan penerbitan album kali ini. InsyaAllah, Siti akan bercerita lanjut mengenai album dalam catatan-catatan selepas ini.

Sekian dahulu buat kali ini. Salam mesra.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.



user posted image
Siti Nurhaliza
17hb Januari 2004



english version

Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 02:00 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...

Assalammualikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini. Rasanya masih belum terlewat untuk Siti mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada mereka yang berbangsa Cina. Semoga Tahun Baru kali ini akan memberi keceriaan buat anda sekeluarga.

Siti percaya anda telahpun mengetahui bahawa SNP (M) Sdn.Bhd. telahpun mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan rancangan-rancangan televisyen. Muzikal AidilAdha yang mana anda dapat lihat gambar-gambar dan sinopsis rancangan di laman ini merupakan projek sulung syarikat Siti dan besar harapan Siti agar ianya akan memberi ruang dan motivasi untuk Siti meneruskan bidang penerbitan ini sebagai satu lagi cabang seni. Antara program lain yang bakal menyusul ialah 3D Siti iaitu paparan eksklusif mengenai Siti serta Sukan dan Selebriti. Ada beberapa lagi program yang kami rancangkan dan Siti akan memberitahu anda perkembangannya dari semasa ke semasa.

Mengenai album terbaru Siti pula, 5 buah lagu telahpun dirakamkan. Buat masa ini 5 buah lagu ini adalah daripada pencipta yang belum pernah bekerja dalam album-album Siti yang terdahulu. Namun Siti masih mengekalkan beberapa komposer lama dalam album Siti kali ini. Siti memang mengambil berat di atas segala saranan-saranan anda menegnai album terbaru ini dan Siti memang berusaha untuk memberikan sesuatu yang terbaik buat anda semua. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang album ini akan siap sepenuhnya pada penghujung Februari nanti dan akan menemui anda pada bulan Mac depan.

Siti juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah berusaha menempatkan Siti sebagai finalis Anugerah Bintang Popular 2003 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular. Siti berterima kasih sekali lagi di atas kepercayaan anda kepada Siti selama ini.

Sampai di sini dahulu catatan Siti. Semoga anda terus bergembira.

Salam mesra.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.




user posted image
Siti Nurhaliza
27hb Januari 2004



english version

Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 02:02 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+MESEJ KHAS DARI SITI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada dan Siti mengharapkan agar hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini akan memberikan kebahagiaan buat kita semua, InsyaAllah.

Semoga para jemaah haji di tanah suci Mekah yang datang dari serata dunia, khususnya para jemaah dari Malaysia, marilah kita sama-sama berdoa agar ibadah haji mereka diterima dengan baik dan mereka juga dapat menjalani ibadah dengan sempurna.

Alhamdulillah, pada hari raya ini juga "anak sulung" syarikat Siti iaitu 'Muzikal AidilAdha' akan disiarkan. Rancangan itu adalah "hadiah" daripada Siti buat semua peminat kerana tidak selalu Siti muncul dalam program seumpama itu tetapi bagi mengisi makna AidilAdha, Siti ingin sama-sama berkongsi bersama anda semua. Semoga program itu nanti akan mendapat maklum balas yang baik daripada anda, namun sebarang kritikan membina Siti terima dengan hati terbuka memandangkan program itu adalah hasil terbitan pertama syarikat Siti.

Siti masih mengharapkan agar semua pengunjung di laman ini menjaga kerukunan dan mengelakkan rasa prasangka atau curiga sesama sendiri kerana situasi ini akan mengeruhkan keadaan. Siti mahu kita semua berbangga kerana kita dapat bersatu di bawah satu laman yang harmoni dan saling hormat menghormati. InsyaAllah, laman ini akan dipandang tinggi dan dihormati kerana pengunjungnya adalah di kalangan orang yang berhemah.

Pada kesempatan ini juga Siti ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah silap atau apa sahaja perkara yang mengguriskan hati anda selama anda mengenali Siti. Semoga pada hari yang mulia ini kita sentiasa bergembira dan dapat mengeratkan silratulrahim.

Salam AidilAdha dan salam mesra selalu.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.




user posted image
Siti Nurhaliza
29hb Januari 2004 : 6.25pm



english version

Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 02:06 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+MESEJ KHAS DARI SITI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung di sini. Doa Siti agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Sejak kali terakhir menulis di sini, banyak perkara yang berlaku dalam karier dan hidup Siti. Terasa ingin berkongsi semuanya dengan anda tetapi adakala waktu Siti agak terbatas. Selepas cuti 2 hari untuk AidilAdha, Siti sudah mula bekerja tanpa henti. Walaupun jadual Siti di ruangan kalendar tidak terisi tetapi hari-hari Siti sentiasa dipenuhi. Mungkin Siti akan mula catatkan setiap kerja Siti di ruangan tersebut walaupun tidak secara teliti kecuali yang melibatkan kemunculan Siti di tempat terbuka.

Ramai juga yang bertanyakan tentang gosip terkini dan sebagainya kepada Siti dan sebagaimana lazimnya, setiap gosip itu akan berlalu dengan sendirinya dan akan datang lagi tanpa kita sedar dan berlalu lagi. Siti sudah penat menghadapi semua ini tetapi Siti percaya anda semua memahami dimana duduknya setiap kebenaran atau sebaliknya cerita-cerita tersebut.

Album Siti juga masih dalam proses rakaman. Ada lebih kurang 5 buah lagu lagi yang belum dirakamkan. Siti akan cuba menghabiskan proses rakaman selepas Anugerah Planet Muzik nanti. Sekarang ini Siti sibuk dengan penggambaran program 3D Siti di samping menjayakan persembahan. Siti juga mencuri waktu untuk masuk studio serta membuat persediaan untuk persembahan di MTV Asia Awards. Alhamdulillah, tahun ini Siti diberi peluang sekali lagi untuk membuat persembahan dan kali ini Siti akan berduet dengan penyanyi dari UK, Gareth Gates. Lagu yang akan kami sampaikan ialah lagu Gareth yang berjudul 'Say It Isn't So'.

Selepas itu Siti akan muncul di APM, Siti juga akan membuat persembahan dan konsepnya masih lagi dirancang. Siti berusaha untuk menyampaikan lagu dari album terbaru jika tidak ada aral melintang.

InsyaAllah, sebarang perkembangan lain mengenai Siti akan diumumkan di laman ini nanti. Semoga kita semua akan terus diberikan kemudahan dalam segala urusan, insyaAllah.

Salam mesra.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.



user posted image
Siti Nurhaliza
7hb Februari 2004 : 1.32pm


english version

Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 02:09 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS SITI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak semalam, 12 Februari, Siti telah berada di Singapura untuk persiapan MTV Asia Awards. Bagi Siti acara ini merupakan satu ruang untuk memperkenalkan artis-artis Asia dan antarabangsa dalam acara yang gilang gemilang.

Siti gembira kerana hari ini sempat menjalani latihan bersama Gareth Gates bagi persembahan kami malam esok. Semuanya berjalan dengan lancar dan jika tidak ada aral melintang, Siti juga akan menjadi penyampai anugerah dalam acara malam esok.

InsyaAllah, Siti akan sentiasa ingat dari mana datangnya Siti dan Siti faham kebimbangan anda terhadap perkara-perkara yang mungkin terjadi dalam acara-acara seperti ini. Doakan agar semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar. Siti akan berusaha memberikan persembahan yang terbaik kerana tidak mudah untuk mendapat peluang sebegini.

Siti juga mahu memperkenalkan bakat Siti di peringkat yang lebih tinggi dan Siti akan memberikan persembahan yang terbaik supaya anda semua juga tidak akan hampa dan kecewa. Tanggungjawab yang Siti pikul bukan kecil dan kerja ini adalah amanah yang harus dilaksanakan sebaik mungkin.

Jangan lupa menyaksikan Siti malam esok, 14 Februari, walaupun berada di Singapura, Siti sentiasa ingat segala nasihat, dorongan dan sokongan anda semua.

Semoga bertemu lagi. Salam mesra..
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.



user posted image
Siti Nurhaliza
13hb Februari 2004 : 5.45pm


english version

Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 02:11 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS SITI

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang menggembirakan selalu hendaknya.

Terima kasih... terima kasih... terima kasih... di atas kemenangan Siti dalam MTVAA beberapa hari lalu. Siti begitu menghargai setiap undian anda kepada Siti dan setiap pengorbanan anda begitu sukar untuk Siti balas.

Anugerah itu bukan sahaja bakal menjadi koleksi berharga dalam kerjaya Siti tetapi ianya juga merupakan lambang kesetiaan dan kasih sayang anda yang tidak pernah jemu terhadap Siti. Siti berasa begitu bertuah kerana anda masih setia berada di belakang Siti dan masih mempercayai bakat Siti selama ini.

Siti mohon maaf jika ada terkurang atau silap salah Siti sewaktu di MTVAA yang lalu tetapi Siti telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam segala segi. Siti tahu di mana Siti berada dan Siti akan tetap menyesuaikan dengan prinsip serta mengambilkira soal sensitiviti kita semua.

Bagi Siti, pemergian Siti ke MTVAA adalah atas dasar kerja dan menghormati penganjur dan Siti berterima kasih kerana penganjur, rakan penyampai anugerah serta Gareth turut menghormati prinsip Siti. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan ianya juga pengalaman yang tidak mungkin Siti lupakan.

Di pentas MTVAA Siti ingin berkongsi bakat dengan seluruh penggiat seni dari seluruh negara yang hadir serta para peminat Siti dan Siti berusaha menampilkan sesuatu yang terbaik. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan anda.

Salam sayang selalu...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.



user posted image
Siti Nurhaliza
16hb Februari 2004 : 12.45pm


english version

Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 02:14 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS SITI...

Assalammualaikum dan Salam Maal Hijrah buat semua.Semoga pada tahun baru ini kita semua akan diberikan kemuliaan, dibukakan pintu rahmat dan sentiasa mendapat perlindunganNya, InsyaAllah.

Siti juga turut berdoa agar pada tahun baru yang penuh kemuliaan ini, kita semua akan diberikan kemudahan dan kelapangan dalam kerjaya dan juga kehidupan. Semoga apa yang kita hajatkan akan beroleh kejayaan dan kita akan terus bekerja keras.

Alhamdulillah, Siti berasa bersyukur dengan apa yang dipermudahkan buat Siti dalam waktu terdekat ini. Semuanya bukan sahaja berkat usaha Siti seorang tetapi para peminat juga banyak mendukung kejayaan-kejayaan yang Siti raih.

Siti mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat yang telah memberi kejayaan kepada Siti dalam anugerah URS dan juga APM baru-baru ini. Kejayaan di APM juga merupakan sesuatu yang manis kerana Siti sendiri sukar mempercayai bakat Siti masih dipercayai oleh pihak juri dan tentunya ini akan membuatkan Siti akan terus bekerja keras untuk memberikan sesuatu yang terbaik.

Di sebalik setiap kejayaan yang Siti perolehi, Siti tidak memandang kepada kuantiti anugerah tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana Siti harus selalu memberikan yang terbaik.

Alhamdulillah, Siti juga turut berdebar-debar menantikan kemunculan album terbaru walaupun ianya masih dalam proses penerbitan. Penerimaan yang baik terhadap Lagu Rindu yang Siti nyanyikan di APM baru-baru ini turut menggembirakan Siti. Semua yang Siti lakukan adalah untuk memberikan kepuasan kepada anda semua.

Siti akan berada di Indonesia untuk beberapa hari. Siti juga akan menjayakan program Siti sendiri setiap sebulan sekali di sebuah stesen tv di sana dan doakan agar semuanya berjalan lancar dan Siti akan dapat memperkembangkan bakat yang ada untuk peminat-peminat di negara itu. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi nanti.

Salam mesra selalu...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.



user posted image
Siti Nurhaliza
22hb Februari 2004 : 12.00pm


english version

Top
reen80
Posted: Mar 10 2004, 02:16 PM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung. Salam pertemuan setelah agak lama Siti tidak menulis di sini.

Ramai benar yang tertanya-tanya, bilakah album Siti akan dipasarkan? Siti juga seperti anda semua yang tidak sabar-sabar mahu menantikan kemunculan album baru ini menemui anda. Namun sebagaimana yang anda sarankan supaya Siti dapat menghasilkan album yang terbaik dan merakamkan lagu-lagu yang berkualiti, Siti berusaha untuk memuaskan hati semua pihak.

Memang rakaman album kali ini agak lama proses penerbitannya kerana Siti dan juga semua yang terlibat dalam produksi ini akan cuba menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari album-album sebelum ini.

Banyak aspek yang harus dititikberatkan dan Siti telahpun berusaha sedaya yang mampu dan harapan Siti agar hasilnya nanti akan memberikan suatu impak yang baru kepada anda semua.

Siti tidak menafikan memang berdebar menantikan reaksi anda semua terhadap album tersebut kerana mana mungkin Siti dapat memuaskan hati semua pihak. Citarasa dan kehendak selera muzik anda pastinya berbeza-beza tetapi Siti cuba menyelaraskan pemilihan lagu dalam album itu supaya hasilnya dapat memberi kepuasan kepada anda semua.

Ada beberapa buah lagu lagi yang belum dirakamkan dan Siti amat berharap ianya akan dapat menemui anda April nanti. InsyaAllah, doakalah agar semuanya akan berjalan dengan baik.

Siti juga akan berada di Genting Highlands pada majlis Anugerah Bintang Popular pada 14 Mac nanti dan akan menjayakan persembahan. Apa bentuk persembahannya, Siti sudahpun diberitahu oleh pihak penganjur. Bagaimana persembahan Siti nanti, sama-samalah kita tengok dan Siti tidak mahu memberitahunya disini.

Di sini juga Siti turut menyertakan gambar-gambar Siti sewaktu di Jakarta dan juga di majlis Malaysia Book Of Records. Semoga terhibur dan ketemu lagi nanti.

Salam mesra selalu...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.


Nota WM:
Gambar-gambar di Jakarta dan MBR masih dalam proses editing, harap bersabar. Terima kasih.



user posted image
Siti Nurhaliza
4hb Mac 2004 : 11.00am


english version

Top
reen80
Posted: Mar 11 2004, 11:04 AM


ingenuity counts..


Group: Moderator
Posts: 3,452
Member No.: 3
Joined: 10-March 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung di sini. Nampaknya hari mengundi semakin hampir. Setiap daripada warga Malaysia yang sudahpun mendaftar dengan SPR memikul tanggungjawab untuk mengundi. Semoga pada hari mengundi nanti, semuanya berjalan lancar dan Siti doakan yang terbaik untuk semua pihak.

Proses rakaman album Siti hampir tamat. Siti gembira kerana salah satu tanggungjawab yang besar ini hampir selesai. Perbincangan dengan syarikat rakaman juga telah dibuat. Siti amat berharap agar anda semua dapat bersabar kerana album ini nanti hanya akan diedarkan pada pertengahan bulan April. Anda pasti tahu bahawa selepas proses rakaman vokal, album ini akan menjalani proses mixing dan mastering. Di samping itu semakan untuk kulit album dan percetakannya juga harus diteliti dengan baik.

Esok, 11 Mac Siti akan mengadakan majlis sidang akhbar untuk Minggu Setiausaha pada 14 dan 15 April depan. Setelah 6 tahun terlibat dengan Minggu Setiausaha dan bekerjasama dengan beberapa pihak hotel, kali ini syarikat Siti memberanikan diri untuk mengadakannya sendiri dengan kerjasama Pusat Dagangan Dunia Putra. Pada majlis sidang media ini juga, Siti bersama PWTC juga akan melancarkan Tabung Prihatin Siti yang selama ini menjadi impian Siti.

Tabung ini sudah lama mahu ditubuhkan, namun untuk merealisasikannya, Siti akui perlu proses yang panjang dan Siti harus memikirkan banyak sudut. Tabung ini bukan sahaja mewakili rasa prihatin Siti seorang kepada apa sahaja peristiwa yang berlaku tetapi Siti mahu mengajak anda semua bersama-sama Siti membantu setiap individu atau pihak yang memerlukan.

Tabung ini masih dalam proses perlaksanaan, InsyaAllah esok (11 Mac) Siti akan mengadakan pra pelancarannya dan ianya akan dilancarkan secara rasmi pada hari Minggu Setiausaha bersama Siti April nanti.

Sebagaimana yang anda telahpun ketahui, Siti akan berada di Genting Highlands pada hujung minggu ini. Mengenai persembahan Siti bersama Misha dan Datuk Sharifah Aini sudahpun disiarkan di akhbar walaupun pada mulanya dianggap acara 'surprise' kepada penonton.

Siti merasai juga debar anda untuk ABP yang akan berlangsung Ahad ini nanti. ABP adalah satu anugerah yang tiap tahun diadakan dan menyaksikan seribu satu kenangan dalam karier Siti. Usah risau atau meletakkan harapan yang tinggi kerana Siti sentiasa sedar, Siti tidak akan jemu memberikan sesuatu yang terbaik kepada anda, sekalipun bukan rezeki Siti kali ini dan Siti juga sedar, sokongan anda tetap tidak putus jika sekalipun memang tidak akan menjadi rezeki Siti.

Salam mesra selalu...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.



user posted image
Siti Nurhaliza
10hb Mac 2004 : 04.20pm


english version




Top
rafreen
Posted: Apr 25 2004, 12:18 PM


8u441es


Group: Member
Posts: 689
Member No.: 29
Joined: 24-April 04



+ MESEJ KHAS DARI SITI...


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung di sini.
Salam bahagia buat semua dan semoga apa yang anda lakukan akan mendapat keberkatanNya selalu.


user posted image

April yang sungguh bererti. Siti memulakan karier pada April 1996 apabila terlancarnya album yang pertama dan dengan izin dan kurniaanNya, April 2004 memberikan sinar yang begitu bermakna dalam hidup Siti dan tentunya mereka yang selama ini menjadi tunggak dalam kerjaya dan hidup Siti.

Begitu besar kekuasaanNya dan Siti percaya, atas kerja keras, keyakinan, ketabahan dan sokongan padu orang-orang sekeliling, pada April kali ini segala dugaan dan ujian menjadi sesuatu yang manis untuk dikenang.

Anugerah AIM 2004, sesuatu yang sungguh di luar jangka tetapi Siti percaya, apa yang Siti terima bukanlah hanya anugerah tetapi satu hasil yang telah diiktiraf atas penat lelah.

Terima kasih Siti ucapkan kepada anda semua yang telah mula mendapatkan EMAS sejak hari pelancarannya tahun lalu iaitu 3 Mac 2003. Jika pada hari itu anda membeli album Siti, mendengar lagu-lagu Siti, menghayati setiap karya di dalamnya, tentunya malam semalam (24 April) adalah sesuatu yang begitu bermakna kerana lebih kurang setahun itu, album itu telah diiktiraf.

Kegembiraan anda tentunya airmata bahagia Siti dan seluruh pihak yang terlibat dalam album itu. Menjadi yang terbaik dan menghasilkan yang terbaik tidak akan terhenti, Siti akan terus melakukannya sedaya mungkin dalam apa sahaja perkara.

Anugerah Kembara juga sesuatu yang begitu membahagiakan kerana Siti berkongsi sesuatu yang bermakna untuk industri muzik tanahair.Siti memperoleh pengalaman di luar dan membawa kembali ke tanahair untuk sesuatu yang berguna yang boleh dikongsi.

Sekali lagi ucapan terima kasih kepada anda semua yang selalu berada di belakang Siti dalam susah dan senang. Terima kasih juga kepada anda yang telah datang meluangkan masa menyaksikan persembahan Siti sewaktu Minggu Setiausaha yang lalu. Segalanya manis untuk dikenang dan InsyaAllah ada waktu dan ketika kita akan bertemu lagi.

Salam keikhlasan buat semua.
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.


user posted image

Siti Nurhaliza
25hb April 2004 : 11am

Top
« Next Oldest | Mesej Siti | Next Newest »


Topic OptionsPages: (31) [1] 2 3 ... Last »



Hosted for free by InvisionFree (Terms of Use: Updated 7/7/05) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.1052 seconds | Archive