InvisionFree - Free Forum Hosting
Create your own social network with a free forum.

Learn More · Register for Free
Welcome to Sk Seksyen 7. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 ISI-ISI KARANGAN BAHASA MELAYU, (UPSR ~ BM KERTAS 1)
yusri
Posted: Apr 1 2007, 11:05 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 2
Member No.: 1
Joined: 1-April 07



ISI-ISI KARANGAN BAHASA MELAYU (UPSR ~ BM KERTAS 1: BAHAGIAN cool.gif

1. Kisah seorang pengemis.
- Pakaian compang-camping – merayau-rayau di bandar – meminta sedekah di tepi jalan – dibenci oleh sebahagian masyarakat – tujuan: inginkan wang dan pakaian untuk keperluan asas – cemar maruah negara di mata pelancong .

2. Melawat ke tempat bersejarah.
- Melawat ke Melaka – mengetahui asal usul negeri Melaka – melawat tugu-tugu dan kota-kota bersejarah A. Famosa, Gereja Stadtuys – terpegun dengan keindahan Bandaraya Melaka Kota Bersejarah – membeli cenderamata di Bandar Hilir – melawat ke perigi Hang Li Po, Bandar Hilir, Tapak kaki Hang Tuah.

3. Faedah mempelajari komputer.
- Dapat mengetahui isu-isu semasa melalui internet – dapat mempelajari sesuatu berbanding orang yang tidak mempunyai computer – dapat menambah ilmu pengetahuan – melalui kemahiran, membolehkan seseorang mendapat pekerjaan lebih mudah.

4. Kampung saya.
- Nama kampung – Pantai Batu Burok – terdapat tempat menarik – pemandangan yang indah – pantai yang bersih dan ramai pengunjung dalam dan luar negara – penduduk yang peramah dan aman damai – penempatan yang selesa – berhampiran dengan pusat bandar dan pelbagai kemudahan.

5. Negara Kita Malaysia.
- Malaysia telah merdeka sejak 1957 (31 Ogos 1957) – Malaysia negara yang aman damai – Malaysia mempunyai penduduk berbilang bangsa/masyarakat majmuk yang bersatu padu – Malaysia hampir menuju ke arah negara maju seperti Jepun, Amerika dan Rusia – Malaysia adalah setanding dalam ekonomi, politik dan sosial dengan negara luar.

6. Kenapa kanak-kanak dilarang memakan makanan ringan.
- Contoh snek ringan, ayam goreng Kentucky, burger, sosej - kurang khasiat dan tidak berzat – tidak mengenyangkan – mendatang penyakit seperti buah pinggang dan darah tinggi – membantutkan tumbesaran – tidak makan makanan berkhasiat yang disediakan oleh ibu mereka.

7. Anda mempunyai seorang sahabat karib. Ceritakan tentang sahabat karib anda.
- Memperkenalkan nama sahabat karib – asal-usulnya – pendidikan awal hingga kini – kelebihan-kelebihan yang ada padanya – kebaikannya menolong dalam kesusahan dan sama-sama ketika senang.

8. Buah-buahan sangat berkhasiat kepada kesihatan. Ceritakan tentang musim buah-buahan.
- Musim yang sangat disukai dan ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat – cuti pertengahan tahun – pulang ke kampong – menikmati musim buah-buahan – gembira melihat pelbagai jenis buah di dusun datuk – menunggu durian gugur di pondok – dijamu oleh datuk dengan pelbagai buah – datuk bercerita tentang khasiat buah-buhan tempatan yang kaya dengan vitamin c – ramai pemborong yang datang membeli dan ada juga dijual secara terus kepada orang yang datang ke dusun – ramai orang membeli buah-buhan tersebut – puji segar dan manis – gembira dan akan berkunjung lagi.

9. Pentingnya Pendidikan Jasmani kepada murid-murid sekolah.
- Boleh menguatkan otot-otot seorang murid – membuatkan otak kita cerdas dan badan yang cergas – senang memberi tumpuan semasa guru mengajar – melalui isi pelajaran Pendidikan Kesihatan kita mengetahui tentang jenis-jenis penyakit, amalan pemakan yang baik, cara-cara menangani stress dan sebagainya – melatih dalam kemahiran tertentu seperti olahraga dan permainan.

10. Kamu ialah seorang polis. Ceritakan tentang pengalaman yang berbahaya yang pernah kamu hadapi.
- Tahun keberapa berkhidmat - Menerima maklumat daripada orang ramai tentang jenayah rompakan – pergi ke lokasi jenayah bersama sepasukan polis – berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata – berlaku kejadian berbalas tembak – akhirnya penjenayah tumpas – menerima penghargaan daripada ketua.

11. Peristiwa yang melucukan.
- Ditinggalkan oleh ibu dan ayah sendirian dan hanya pulang pada malam hari – terasa lapar dan dahaga – ingin membuat nasi goreng dan air teh-o – semasa hendak menggoreng nasi terambil madu lebah yang disangka minyak masak – nasi jadi melekit dan manis – bancuh teh-o termasukkan garam yang disangka gula – pengajaran berguna – berazam belajar memasak dengan ibu.

12. Kamu dan sahabat kamu telah terperangkap di sebuah rumah buruk semasa hujan. Tiba-tiba sebatang pokok telah tumbang di tengah jalan. Nyatakan tindakan kamu untuk mengelakkan kemalangan berlaku.
- Aku dan sahabat masuk ke dalam hutan untuk mencari orkid hutan yang diperlukan oleh Taman Sains Sekolah – rebut melanda – hujan lebat – berhenti berteduh di sebuah pondok buruk – petir menyambar pokok – pokok tumbang di tengah jalan – meminta tolong – tiada sesiapa di dalam hutan – cuba mengangkat sendiri pokok itu tetapi tidak berjaya – membuat isyarat kepada kenderaan yang lalu – terus berjalan hingga ke jalan – sebuah kenderaan berhenti – dihantar pulang dengan selamat.

13. Seorang budak terasa sedih apabila dimarahi oleh ayahnya. Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu dan peristiwa yang menyebabkan ia insaf.
- Seorang murid yang nakal ponteng sekolah – sekolah mengambil tindakan menelefon ayahnya – dimarahi oleh ayahnya – budak terasa sedih – lari meninggalkan rumah –kecil hati dengan tindakan ayahnya – tiada arah tujuan – badan lemah –dilanggar kereta – dihantar ke hospital – budak insaf – berjanji tidak akan mengulangi perangai yang tidak elok.

14. Kelas tuisyen banyak diadakan di tempat kamu. Nyatakan faedah-faedah yang diperolehi daripada kelas tuisyen yang kamu sertai.
- dapat meningkatkan prestasi dalam semua matapelajaran UPSR – dapat menambah ilmu pengetahuan melalui guru luar – persaingan dengan rakan-rakan di pusat tuisyen daripada pelbagai sekolah dan bangsa – menambah minat belajar – berkenalan dengan ramai kawan – penumpuan guru yang lebih kepada murid-murid kerana jumlah murid yang sedikit.



15. Kamu memasuki pertandingan syarahan sempena Kempen Memelihara Alam Sekitar. Tajuk yang kamu pilih ialah “Kepentingan Aktiviti Kitar Semula.”
- Konsep kitar semula : memproses semula barang-barang yang telah kita gunakan seperti kertas, tin aluminium, kaca, botol plastik – dapat memelihara alam sekitar – tong-tong sampah disediakn mengikut jenis barang – menanamkan sikap prihatin masyarakat kepada alam sekitar – pembuangan sampah lebih teratur serta menjamin kebersihan – mengurangkan penggunaan bahan semulajadi dan mengelakkan penipisan lapisan ozon.

16. Tuliskan sebuah karangan suasana pertama hari persekolahan di sekolah baru.
- Berhimpun di tapak perhimpunan – Nyanyian - guru bertugas memberi ucapan – Guru Besar memberi ucapan – berkenalan dengan guru-guru – belajar menyesuaikan diri dengan suasana baru – melihat persekitaran sekolah – mengenal tempat-tempat penting seperti tandas, pusat sumber – situasi murid-murid: ada yang menangis, ditunggu oleh ibu bapa, suasasa riuh rendah dan gembira.

17. Syarahan “Cara-cara Menangani Masalah Lepak Di Kalangan Pelajar.”
- Mendefinisi tajuk syarahan – ibu bapa kurang memberikan kasih sayang – pergaulan anak-anak tidak dikawal – cara: didikan agama sejak kecil – ibu bapa memerhatikan tingkah laku anak-anak – memastikan anak-anak tidak berkawan dengan budak-budak nakal (bohsia, bohjan) – pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang melepak – mendisiplinkan murid sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum di waktu petang.

18. Perbincangan – Keperluan Menjadi Sebuah Negara Maju.
- Mempunyai pemimpin yang bijak memimpin – menitikberatkan perindustrian Negara – mengeluarkan barangan sendiri – kenderaan, barangan elektrik – pendidikan diterapkan kepada pelajar sehingga ke peringkat yang tertinggi – menstabilkan ekonomi negara – setiap pekerja harus memberikan komitmen yang tinggi terhadap bidang pekerjaan – mengambil contoh dan teladan kemajuan daripada negara-negara maju.

19. Lawatan ke rumah kanak-kanak terencat akal. Tuliskan pengalaman kamu.
- Bilangan murid/guru pengiring yang mengikuti lawatan – mengambil masa 20 minit dari sekolah ke destinasi – sampai ke Rumah Sinar Harapan – berasa simpati – beramah mesra dengan insan istimewa – membersihkan kawasan sekitar – memberikan sumbangan kepada mereka – pulang.

20. Menguasai pelbagai bahasa banyak kelebihannya. Bincangkan.
- Dapat mengetahui tentang bahasa yang belum kita ketahui – berguna untuk pelajaran seperti bahasa Inggeris – kita tidak akan terasa tersisih apabila bersama bangsa asing – dapat berkomunikasi dengan lebih baik bersama kawan yang berlainan bangsa – dapat menjamin masa hadapan dalam pekerjaan (peluang lebih luas).

21. Andaikan kamu sebagai sebatang sungai. Kepentingan kamu kepada manusia serta ancaman yang kamu hadapi akibat daripada aktiviti pembangunan dan perindustrian.
- Air dikurniakan Allah sebagai sumber yang penting – pembekal bahan asas kepada hidupan – tempat manusia mencari rezeki – fungsi: membasuh, minum dan sebagainya – sampah dibuang – pencemaran –angkara tangan manusia yang tidak bertanggungjawab – sisa toksid dan bahan buangan – hidupan mati – menghadapi penderitaan.
22. Tugas seorang ibu lebih berat daripada guru.
- Ibu melahirkan kita ke dunia, mempertaruhkan nyawa – ibu memberikan apa yang kita patut dapat – sanggup mengorbankan masa demi anak – sebilangan ibu juga bekerja untuk menyara anak - menyediakan makan dan minum setiap waktu – menjaga anak tatkala anak sakit.

23. Suasana menyambut hari raya di kampung saya.
- Sesuatu yang ditunggu-tunggu – berkemas awal untuk pulang ke kampung – bangun awal pagi – kanak-kanak dan orang dewasa berpakaian baru warna-warni – memasak hidangan: kuih-muih, lemang, ketupat – ziarah-menziarahi – bertahlil di kubur – memasang pelita pada malam raya – selepas maghrib, pergi ke rumah terbuka dan bertahlil ke rumah-rumah.

24. Langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai memakan buah-buahan tempatan.
- Memasarkan ke merata tempat – menjalankan kempen, iklan dan promosi melalui media cetak dan media elektronik – menjual dengan harga yang berpatutan – menampalkan poster buah-buahan di merata-rata tempat – kerajaan perlu menguarkan-uarkan khasiat dan vitamin yang terdapat dalam buah-buahan tempatan.

25. Syarahan “Mengisi Masa Lapang Dengan Kegiatan Yang Berfaedah.”
- Gunakan masa yang ada dengan membaca – pergi melancong – menyertai persatuan atau aktiviti kokurikulum – berkebun – beriadah.

26. Melancong adalah satu daripada industri penting bagi sesebuah negara. Langkah-langkah untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.
- Industri ini berpotensi untuk berkembang – banyak tempat-tempat menarik: Bukit Fraser, Genting Highland, Cameron Highland, Pulau Kapas – mengiklankan tempat-tempat menarik di media – kawalan keselamatan dipertingkatkan – pembangunan infrastruktur perlu dipertingkatkan – menubuhkan rumah mesra rakyat untuk menarik pelancong berkunjung – kempen-kempen pelancongan – kerjasama daripada semua pihak untuk menarik pelancong.

27. Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
- Mereka lebih arif daripada kita dalam sesuatu hal – mereka membuahkan inspirasi kepada kita – agama menyeru kita menghormati orang yang lebih tua – melatih diri menjadi insan yang berakhlak mulia – supaya dikemudian hari generasi muda turut menghormati kita.

28. Banjir di kampung saya.
- Hujan turun lebat beberapa hari – air sungai melimpah – akibat banjir kilat hubungan telefon terputus – rumah dimasuki air – polis dan tentera membuat kawalan lalu-lintas – harta benda musnah dan nyawa terkorban – mangsa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dan kawasan tanah tinggi seperti sekolah, balai raya dan dewan serbaguna - bantuan dihulurkan kepada mangsa – badan kebajikan, kerajaan – keadaan pulih – penduduk membersihkan rumah dan kawasn sekitar.





29. Mengikuti ayah berburu di hutan.
- Menyedia bekalan makanan – masuk ke hutan di hujung kampung – memakan bekalan makanan – menjumpai seekor rusa – ayah menembak rusa – belajar dengan ayah memasang jerat – membantu ayah menyembelih dan melapah rusa dan membawa pulang – pengalaman berharga – ingin ikut lagi.

30. Rumah anda dimasuki pencuri. Nyatakan tindakan anda.
- Terdengar tingkap dapur dibuka orang – nampak bayang-bayang dalam gelap – menyorok/sembunyi di tempat gelap - mencari senjata seperti batang penyapu dan kayu – memukul sehingga pengsan – menelefon polis – pencuri ditangkap.

31. Lawatan ke sebuah rumah kebajikan.
- Bilangan peserta dan guru pengiring – nama rumah kebajikan Rumah Titian Harapan – Rumah yang selesa dan pekerjanya yang baik – pelbagai bangsa menghuni di situ – golongan tua sebatang kara dan dihantar oleh anak-anak – aktiviti penghuni: menganyam tikar, membuat bakul, bercucuk tanam – memberi sedikit sumbangan – insaf dengan suasana yang dilihat.

32. Pencemaran alam sekitar amat berbahaya kepada kita. Punca-punca dan kesan-kesan kepada alam sekitar.
- Pencemaran alam sekitar amat berbahaya – udara, air, bunyi – pembuangan sampah tidak terkawal – asap-asap kilang dan kenderaan yang melebihi had – tong-tong toksid yang dibuang ke air – pencemaran/keracunan kepada hidupan – mendatangkan pelbagai penyakit – penipisan lapisan ozon – sumber keperluan asas akan berkurangan.

33. Air ialah salah satu sumber alam semulajadi yang amat berguna. Kegunaan air kepada manusia.
- Untuk menghilangkan dahaga, memasak, menyiram pokok, membasuh, mandi – penting dalam bidang perindustrian – air menghasilkan empangan – mengepam – hidroelektrik – emmbekalkan sumber elektrik.

34. Pokok kelapa pokok serbaguna.
Banyak terdapat di negara Asia, termasuklah Malaysia, ditanam di kampung-kampung dan hidup subur di tepi pantai kawasan berpasir dan masin - daun: buat ketupat dan tikar – lidi: buat penyapu, penyucuk sate – batang: buat titi, jambatan, lantai rumah, tangga – air: diminum dan penawar penyakit – isi: dibuat santan, inti kuih-muih tradisional – tampurung: tabung, senduk, gayung – pangkal batang: umbut dimakan dibuat sayur.

35. Keracunan makanan. Langkah-langkah untuk mengatasinya.
- Perlu membeli makanan di tempat yang bersih: gerai, restoran – membeli makanan yang baru dimasak – kurangkan membeli di kedai dan banyakkan memasak sendiri di rumah – lihat tahap kebersihan kedai makan apabila hendak membeli makanan di kedai – murid-murid sekolah digalakkan membawa bekal dari rumah – kedai runcit, pasaraya perlu kerap memeriksa tarikh luput barangan makanan jualan mereka.

36. Membaca mendatangkan banyak faedah.
- Pelbagai bahan bacaan suratkhabar, majalah, novel, buku pelajaran, buku rujukan – meluaskan minda – menambah ilmu pengetahuan tentang isu dalam dan luar negara - menambah perbendaharaan kata – berfikiran matang – masa diisi dengan aktiviti yang berfaedah – membaca jambatan ilmu.

37. Rancangan kartun yang disiarkan di televisyen merosakkan minda pelajar.
- Pelbagai rancangan disiarkan – siaran import dan tempatan (berikan nama rancangan kartun) – terikut-ikut dengan watak yang disiarkan – mengabaikan pelajaran dan pekerjaan kerana leka menonton – menonton hingga larut malam – mengganggu kesihatan dan menjejaskan tumpuan di dalam kelas kerana mengantuk dan letih lesu – suka berkhayal mengingatkan rancangan yang ditonton.

38. Kegiatan ponteng sekolah semakin ketara di kalangan murid-murid sekolah.
- maksud ponteng sekolah: tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dan melakukan kerja lain yang tidak berfaedah – dimarahi oleh guru – merayau di bandar-bandar – terpengaruh dengan rakan-rakan – melepak di pusat membeli-belah – kurangnya didikan dan perhatian daripada keluarga.

39. Penghijrahan belia ke bandar-bandar mendatangkan pelbagai masalah sosial.
- Bilangan terbabit terlalu ramai – jika tidak memperolehi pekerjaan, enggan pulang – terjebak dengan jenayah – - menambahkan bilangan rumah dan wujud penempatan setinggan - oleh kerana tahap pendidikan rendah, terpaksa bekerja sebagai buruh kasar – akan terpengaruh dengan budaya tidak sihat, maksiat dan budaya barat – kehidupan di bandar tidak menjanjikan sesuatu yang manis – desa tidak ramai lagi tenaga muda – merugikan desa.

40. Perihalkan keadaan di sebuah stadium sewaktu pertandingan bola sepak dilangsungkan.
- Pergi bersama ibu bapa ke Stadium Bukit Jalil – perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Brazil – perlawanan bermula pada waktu petang – pertandingan hebat kerana kedua-dua pasukan sama handal – banyak percubaan menyumbatkan gol oleh kedua-dua pasukan – permainan yang rancak dan tidak membosankan – gembira dan bangga melihat aksi pasukan negara – menang – balik dengan gembira dan puas hati.

41. Peranan petani dalam ekonomi kita amat penting. Bincangkan.
- Petani menanam sayur-sayuran dan buah-buahan – tanaman tersebut dapat dieksport ke luar negara – meningkatkan ekonomi negara – pasaran tempatan, segar dan bermutu – jika tiada petani tempatan, kita terpaksa mengimport dan mengeluarkan belanja yang tinggi – mengoptimumkan penggunaan tanah.

42. Keputusan peperiksaan UPSR diumumkan. Gambarkan suasana ketika murid-murid mengambil keputusan tersebut.
-Waktu yang amat ditunggu-tunggu - guru masuk ke dalam kelas dengan membawa keputusan peperiksaan – semua murid berdebar-debar – guru mengumumkan murid yang mendapat keputuran yang cemerlang 5A – ada yang berasa sedih dan yang cemerlang berasa gembira – guru mengucapkan tehniah kepada murid yang berjaya – murid-murid mengucapkan terima kaish kepada guru dan saling bersalam-salaman.

43. Peristiwa dikejar anjing gila.
- Perjalanan pulang dari sekolah – melalui lorong kecil dan sunyi – ternampak seekor anjing berkeliaran – lari dengan pantas apabila melihat anjing mengejar dari belakang – menjerit meminta tolong – seorang pemuda dengan sebatang kayu datang membantu – rasa lega apabila terselamat – serik untuk melalui lorong itu lagi –mengucapkan terima kasih.



44. Syarahan “Masalah Bebanan Beg Sekolah.”
- Beg yang berat membebankan murid-murid terutamanya murid sekolah yang saiz badannya kecil – kerajaan perlu mengatasinya – jika mampu beli beg beroda supaya senang dibawa – mengurangkan buku latihan selain daripada buku teks – mengikut jadual waktu yang diberi oleh guru – mengadakan jadual anjal di sekolah.

45. Dadah musuh utama negara.
- Jenis-jenis dadah: heroin, syabu, candu, ganja. ectasy – dadah boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya – HIV, AIDS, jantung, paru-paru, tidak bermaya, lemah tenaga batin, kemandulan, kurang daya ingatan – membawa kepada masalah jenayah: mencuri, rompak, bunuh – menghabiskan wang bagi penagih dan kerajaan perlu mengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit untuk tujuan pemulihan penagih di pusat-pusat Serenti – mendatangkan kerugian dari segi tenaga kerja dan wang ringgit.

46. Mengembara ke suatu tempat yang mencabar. Ceritakan.
- Mengembara di hutan – aktiviti pengakap – sesat di hutan – takut bermalam di hutan – bimbang bertembung dengan binatang buas – ketakutan menguasai diri – cuba mencari pertolongan – membuat isyarat-isyarat semasa kecemasan: tanda batu-batu kecil, membuat asap – menggunakan kompas mencari arah pulang – menyusuri anak sungai – hanya minum air sungai, takut makan tumbuhan hutan kerana bimbang beracun – berjumpa semula dengan ahli kumpulan – selamat.

47. Cerita seram yang pernah anda tonton melalui kaca televisyen.
- Ibu bapa keluar – menonton cerita seram “Pontianak” – imaginasi: seolah-olah pontianak keluar dari peti televisyen – menjerit ketakutan – menyesal menonton – terbawa-bawa ketakutan hingga ke dalam tidur – berjanji tidak akan menonton cerita seram lagi jika tinggal keseorangan.


48. Hari Guru di sekolah anda . Ucapan.
- Kata-kata aluan, terima kasih – mengenang jasa-jasa guru – menggiatkan lagi perjuangan mereka bagi kepentingan pendidikan negara - guru memberi pengetahuan dan membentuk peribadi murid – guru diibaratkan arkitek yang membina murid-murid – ucap terima kasih kepada guru – berharap masyarakat dan negara tidak akan melupakan jasa guru dan menghormati profesion ini.

49. Persekolahan di sesi pagi lebih baik daripada sesi petang.
- Dapat memberi tumpuan dengan lebih baik – apa yang dipelajari dengan suasana pagi lebih mudah diingati – dapat belajar dengan lebih selesa pada waktu pagi, setelah rehat dan tidur pada sebelah malam – boleh menjalankan aktiviti kokurikulum di sebelah petang – kelas yang menghadapi peperiksaan seperti UPSR boleh mengadakan kelas tambahan di sebelah petang.

50. Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian.
- Belajar berkumpulan adalah satu teknik belajar – dapat bertukar pendapat dan nota-nota – dapat elakkan kebosanan – menimbulkan semangat mahu belajar – menambahkan lagi ilmu pengetahuan – menjimatkan masa – tajuk perbincangan lebih meluas.

51. Pembangunan banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
- Bandar akan menjadi sesak – flora dan fauna akan pupus – hakisan tanah berlaku – mengakibatkan banjir kilat – masalah pencemaran berleluasa: kilang-kilang – tahap kesihatan dipandang remeh, lebih mengutamakan harta kekayaan.


52. Ibu yang bekerja lebih baik daripada ibu yang hanya tinggal di rumah.
- Dapat menambahkan pendapatan keluarga – meringankan bebanan bapa – menyumbang kepada ekonomi Negara (tenaga kerja) – mengurangkan kadar pengangguran di kalangan wanita – meningkatkan taraf hidup wanita – berpandangan lebih jauh dan luas.

53. Cara-cara mengekalkan permainan tradisional.
-Apa dia permainan tradisional – permainan pusaka masayarakat dahulu seperti congkak, gasing, wau, batu seremban, ketingting - mengadakan pertandingan di sekolah, negeri – wujudkan kokurikulum permainan tradisional di sekolah agar tidak pupus – mengadakan pameran-pameran – melahirkan buku-buku yang berkaitan.

54. Nyatakan masalah yang akan timbul sekiranya seseorang itu tidak berpelajaran.
- Mudah ditipu dan dibuli oleh orang yang pandai – tidak dapat meningkatkan taraf hidup – pemikiran menjadi sempit – negara tidak akan maju dan rugi.

55. Penderaan merupakan perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Nyatakan faktor-faktor terjadinya penderaan.
- Apa itu dera : memukul, menyeksa dan menghukum hingga mendatangkan kecederaan fizikal dan mental – punca: gangguan keterlaluan daripada anak-anak, anak-anak nakal – tidak dapat mengawal perasaan marah – rumah tangga yang porak-peranda hingga anak-anak menjadi mangsa melepaskan perasaan marah – tekanan emosi/masalah mental - faktor keletihan – penagih dadah apabila gian boleh melepaskan kemarahan.

56. Peranan Pusat Sumber sekolah serta kepentingan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran.
- Mempunyai banyak buku rujukan – mendapat maklumat daripada buku, surat khabar dan majalah – buku-buku boleh dipinjam untuk dibaca dan dirujuk – pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, menarik dan motivasi kepada pelajar – biasanya pusat sumber mendapat bahan terkini daripada Kementerian P – tempat perbincangan pelajaran.

57. Penyiaran iklan televisyen yang kerap dan berleluasa boleh membawa kesan negatif. Bincangkan.
- Iklan ada yang berbau lucah – merosakkan akhlak, tidak baik ditonton – iklan makanan ringan – membeli makanan ringan yang tidak mengenyangkan – budaya makan yang buruk – iklan yang kerap mendorong orang membeli produk yan diiklankan walaupun kadang-kadang tidak diperlukan – eksploitasi wanita – budaya berhutang – iklan kad kredit – menjatuhkan maruah golongan tertentu mempersendakan tugas-tugas tertentu contohnya guru.

58. Generasi muda sekarang kian alpa dan kurang perhatian terhadap negara sendiri. Cadangkan langkah yang boleh diambil.
- Program Khidmat Negara di kalangan belia – mengikuti sesi kaunseling – ibu bapa menanamkan perasaan cinta akan negara sedari kecil – kempen kesedaran di media – mempergiatkan, memperluaskan Sambutan Hari Kebangsaan.


59. Remaja tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah membimbangkan semua pihak. Mengapakah gejala ini berlaku?
- Banyak pengedar dadah yang masih bermaharajalela – remaja tidak bijak berfikir sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya – pengaruh rakan-rakan – kurang didikan agama – perasaan ingin mencuba – lama-lama ketagih – mudah mendapat bekalan.

60. Slogan “Masyarakat Penyayang” sering diutarakan oleh media. Bagaimana masyarakat penyayang dapat dibentuk?
- Mengadakan sekolah campuran pelbagai bangsa – membuat iklan, poster, ceramah, cerita televisyen yang banyak memaparkan masyarakat penyayang – menggalakkan ibu bapa supaya sentiasa dengan anak-anak dan mencurahkan kasih sayang – didikan agama – menerapkan masrakat penyayang secara tidak langsung – tidak mengongkong anak-anak hingga timbul kebencian kepada ibu bapa.


-disediakan oleh: PN. TIJANI BT ABU KASSIM
Top
vellans/o madhavam
Posted: Mar 14 2011, 01:23 PM


Newbie


Group: Members
Posts: 1
Member No.: 21
Joined: 14-March 11



i want karangan about tanah tinggi cameron please
....................................
Top
« Next Oldest | PANITIA BAHASA MELAYU | Next Newest »
InvisionFree - Free Forum Hosting
Create your own social network with a free forum.
Learn More · Sign-up for Free

Topic Options Quick Reply




Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.3985 seconds | Archive