Ahli-Ahli S.I.C, KLIK DISINI!!!
Seksyen Jual Beli di Forum SagaIswaraClub ini diadakan untuk memudahkan pemilik-pemilik Saga, Iswara, LMSS, LMST dan BLM untuk berjual beli. Platform ini disediakan secara percuma. Untuk itu, kami pihak AJK pengurusan tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kesulitan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak pembeli dan penjual.
Walaubagaimanapun, kami sudi membantu seikhlas yang boleh atas dasar persahabatan komuniti serta perpaduan demi menjaga tali persaudaraan sesama ahli.
Pun begitu, pihak pengurusan & moderator S.I.C tidak akan, tidak boleh dipertanggungjawabkan dan dibebankan atas segala permasalahan urusan jual beli antara pembeli & penjual.
Dinasihatkan agar, pihak pembeli, penjual dapat menyediakan, menuntut, menyimpan sekurang2nya resit/surat/salinan akuan sebagai bukti pembelian atau jualan sebagai bukti sah transaksi dengan harapan dapat mengelakkan sebarang kesulitan akan datang.
~ pihak pengurusan S.I.C ~