Create a free forum in seconds.
InvisionFree - Free Forum Hosting
Welcome to Komuniti Pendidik. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 KONSEP PELAKSANAAN j-QAF, Pengenalan
wantar
Posted: Nov 8 2004, 12:01 PM


Administrator


Group: Admin
Posts: 131
Member No.: 1
Joined: 5-August 04



KONSEP PELAKSANAAN MODEL- MODEL
J-QAF SECARA RINTIS
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LATAR BELAKANG

YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa dalam tempoh 100 hari beliau menerajui tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima telah menyatakan hasrat supaya pelajar-pelajar Islam di negara ini dapat khatam bacaan al-Quran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah. Untuk memenuhi hasrat ini, Kementerian Pendidikan ketika itu, telah menganjurkan satu Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2004 dan telah memutuskan supaya diadakan satu projek rintis program j-QAF pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sepenuhnya mulai tahun 2005.

KONSEP j-QAF

Takrif:
j-QAF adalah singkatan kepada Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardhu ain. Kesemua perkara tersebut adalah elemen-elemen dalam Pendidikan Islam kecuali bahasa Arab. Projek j-QAF bermaksud memperkukuhkan penguasaan Jawi, memastikan murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah, mewajibkan pelajaran Bahasa Arab dan memantap amalan dan penghayatan fardu ain. Projek j-QAF adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan dan memperkasakan sekolah kebangsaan.

Matlamat:
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara. Projek j-QAF memberi tumpuan kepada perkara-perkara khusus ke arah memenuhi matlamat ini.

Objektif:
a. Membolehkan murid khatam al-Quran sebelum menamatkanpengajian di sekolah rendah.
b. Meningkatkan penguasaan murid dalam Jawi dan Fardu Ain.
c. Membolehkan semua murid Islam mempelajari Bahasa Arab.

Kumpulan sasaran :
Kumpulan sasaran projekj-QAF ialah semua murid Islam di sekolah kebangsaan.

STATUS j-QAF DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN

Al Quran, Jawi dan Fardhu Ain adalah elemen-elemen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekarang hanya memberi kepada murid-murid pengetahuan dan kemahiran asas dalam bacaan al Quran, Fardhu Ain dan Jawi. Kesemua perkara ini masih ada kelemahan dan perlu dimantapkan lagi. Mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi sebagai bahasa tambahan diajar kepada murid tahun satu dengan masa 60 minit seminggu mulai tahun 2003. Kohot pertama sekarang berada pada tahun dua. la diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada.

MODEL-MODEL DAN AKTIVITI j-QAF

Model-Model dan aktiviti Jawi
a. Model Kelas Pemulihan Jawi
b. Model Pengukuhan Jawi

Model-Model dan aktiviti Khatam al-Quran
a. Model Tasmik
b. Model 6 Bulan
c. Model Integrasi
d. Model Kelas Khas Al- Quran

Model Bahasa Arab Wajib
Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi (BAK)

Model-model Fardhu Ain
a. ModelPAFA-KAFA
b. Model Kombinasi j-QAF
c. Model Bestari Solat

PELAKSANAAN PROJEK RINTIS

Projek Rintis j-QAF bermaksud pelaksanaan model-model j-QAF secara ujikaji bagi suatu jangkamasa pendek bertujuan menentukan kesesuaian untuk pelaksanaan secara lebih menyeluruh mulai tahun 2005, mengenal pasti masalah-masalah serta cara-cara mengatasinya. Pelaksanaan projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara pada April, Mei, Jun dan Julai 2004, selama tiga bulan (iaitu 12 minggu pengajaran dan pembelajaran) . Semua negeri melaksana projek rintis di dua buah sekolah; satu di bandar dan satu di luar bandar. Hanya murid Islam Tahun 2 sahaja yang terlibat, kecuali Bahasa Arab yang melibatkan murid tahun satu sahaja.

Definisi Ringkas

MODELTASMIK
Model Tasmik ialah satu program merekodkan perkembangan bacaan murid-murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu. Murid akan belajar dan membaca al-Quran dengan guru-guru al-Quran di luar sekolah. Guru-guru tersebut adalah ibu bapa murid sendiri atau guru-guru al-Quran yang dilantik oleh ibu bapa murid.

MODEL 6 BULAN PROJEK RINTIS
Model 6 bulan ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek khatam al-Quran pada 6 bulan pertama pada tahun dua hingga tahun lima. Penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu mengunakan Buku Iqra' 1 hingga 6.

PERLUASAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi bermaksud pelaksanaan mata
pelajaran Bahasa Arab Komunikasi diperluaskan kepada semua beragama Islam.

KELAS PEMULIHAN JAWI
Kelas ini memberi tumpuan membimbing dan memulihkan murid yang belum menguasai asas Jawi dan dilaksanakan oleh guru Pemulihan Khas Pendidikan Islam.

BESTARI SOLAT
Model Bestari Solat adalah aktiviti bimbingan dan amali solat sebagai aktiviti tambahan di sekolah.

(Diambil daripada Laman Web kementerian Pelajaran)

Top
0 User(s) are reading this topic (0 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:
« Next Oldest | Pengajian Islam | Next Newest »
InvisionFree - Free Forum Hosting
Create your own social network with a free forum.
Learn More · Sign-up Now

Topic Options



Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Archive